RSS

Kisah Pelancong Jepun

07 Apr

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang. Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba-tiba, sebuah kereta memotong.

Pelancong : “Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

Pelancong : “Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju. Dengan perasaan bangga dengan kereta keluaran negaranya. Pelancong itu berkata

Pelancong : “Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”

Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya. Pemandu teksi itu pun berkata dengan selamba sahaja

Pemandu Teksi : “RM100 please…”

Pelancong : “What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.

Pemandu Teksi : “Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

Ini adalah lawak jenaka sahaja untuk me’release tension’ anda. Apa-apa pun terdapat moral yang boleh kita belajar dari cerita di atas. Baiklah, kita jumpa lagi pada post yang lain pula yea.

 
Leave a comment

Posted by on 7 April 2012 in Lawak

 

Tags: ,

Leave a comment